salam.

riob.

TUGAS - TUGAS JAWATANKUASA SYURA RAKYAT

Tugas - tugas JSR adalah seperti berikut :-
a) 

Membantu merancang pembangunan masyarakat termasuk dari segi rohani dan jasmani.
b)  Membantu pelaksanaan projek mengikut keutamaan.
c)  Membantu melaksanakan projek - projek yang telah di persetujui.
d)

Mengambil daya usaha serta memimpin untuk menjayakan projek - projek yang di persetujui terutamanya dari segi berikut :-
i)

Bergotong - royong yakni menggalakkan penyertaan bersama orang - orang
kampung.
ii) Kelicinan perjalanan kesemua projek yang sedang dilaksanakan.
iii)

Menyediakan atau membantu menyediakan tempat dan sebagainya untuk
perlaksanaansesuatu projek.
e)

Menjadi badan perhibung di antara orang - orang kampung dengan Kerajaan dan badan badan luar
f)


Bertanggungjawab bersama - sama dengan badan - badan / jabatan - jabatan kerajaan atau pertubuhan - pertubuhan sukarela untuk menilai projek - projek pembangunan dan selanjutnya mengambil tindakan - tindakan yang perlu.
g)



Menjaga keselamatan kampung dari anasir - anasir jahat yang hendak merosakkan masyarakat dan negara.   Melapurkan aktiviti - aktiviti mereka kepada pihak berkuasa dan menyusun rondaan serta membuat bancian penduduk apabila
dikehendaki.
h)

Menyimpan segala rekod rancangan pembangunan masyarakat untuk kampung itu, termasuklah diantaranya minit - minit mesyuarat.
i)


Menjemput sesiapa yang difikirkan sesuai kerana pengalaman pekerjaan atau kebolehan yang ada padanya untuk menghadiri mana - mana mesyuarat jawatankuasa.
j)

Melaksanakan apa jua projek atau aktiviti yang difikirkan ada perkaitannya denganpembangunan masyarakat.
k) Mengadakan mesyuarat sekurang - kurangnya sekali dalam sebulan.
LARANGAN MEMEGANG LAIN - LAIN JAWATAN
Mana - mana Ketua Kampung / Pengerusi JSR / Timbalan Pengerusi JSR tidak boleh menegang jawatan Iman dan Bilal dalam masa yang sama.

riob.

bcak.